Tiram Indah
Village adalah terletak pada kedudukan yang strategik. Kedudukannya terletak
kira-kira 5.5 km daripada Bandar Ulu Tiram, 18 km daripada Bandar Johor Bahru
dan 14 km daripada Bandar Kota Tinggi. Kem ini juga berhampiran dengan Stesen
Bas Ulu Tiram kira-kira 5.5 km daripada Tiram Indah Village. Selain itu, juga
berdekatan dengan Kem Pulada ira-kira 7 km, Kem Majidee pula kira-kira 15 km
manakala Kem Pandan terletak kira-kira 10 km daripada tempat kami, Tiram Indah
Village.
Tiram Indah
Village mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan keluasannya 10 ekar ini
dikelilingi dengan suasana alam semulajadi kampung yang terpelihara dengan
baik. Udaranya juga baik dan sejuk kerana tumbuhan hijau yang terpelihara.
Pelbagai
kemudahan yang disediakan bagi melaksanakan aktiviti indoor mahupun outdoor
termasuk aktiviti lasak dan aktiviti dalam air. Ia amat menyeronokkan para
peserta program dengan kepelbagaian aktiviti bagi mencapai objektif program
tersebut. Tambahan lagi, Tiram Indah
Village juga dibuka untuk sesiapa yang mahu bercuti ala kampong, membuat Hari Keluarga serta memerlukan
penginapan yang berbalo dengan harga berpatutan dan murah.
Dengan
khidmat kami, semoga anda berpuas hati. Ayuh jangan ditunggu lagi, boleh
hubungi Puan Halimah 013 7552842. Kami sentiasa menantikan kedatangan anda.
No comments:
Post a Comment