nav

Salam muafakat. Salam 1 Malaysia. Jutaan Terima Kasih kepada anda yang sudi singgah di laman blog kami. Semoga info atau maklumat yang disediakan dapat memberi manfaat kepada semua. Tiram Indah Village menyediakan tempat untuk kem latihan/motivasi mahupun kursus kepimpinan dengan penginapan yang selesa serta mempunyai keluasan 10 ekar. Terdapat juga kemudahan seperti dewan makan terbuka, dewan atas air, dewan seminar, surau dan juga kelengkapan yang berkaitan.

Thursday, 25 February 2016

Persembahan SKST

Assalamualaikum wbt, alhamdulillah di hari yang berbahagia ini, telah berlangsung persembahan kuda dan memanah bersempena Hari Sukan Kejohanan SK Sungai Tiram dengan amat meriah.
Berkuda dan memanah adalah antara sunnah nabi, ayuh sambil berselawat ke atasnya. Moga persembahan tadi pagi, dapat memberi inspirasi dan motivasi bagi semua yang menonton persembahan tersebut.

Ribuan terima kasih buat team kumpulan Ibnu Abdul Rani yang sudi membantu dan membuat persembahan tadi serta pihak SK Sungai Tiram. Bagi sesiapa berminat memanah, satu Program Asas Memanah Tradisional Kali ke 7/2016 akan diadakan di Tiram Indah Village pada 27 Februari 2016. Pendaftaran masih dibuka. Boleh terus layari fb Riyadh Equestrian untuk maklumat lanjut.
Tumbuh elok tepian kolam, 
Persada bunganya meranting dahlia,
Sungguh makhluk ciptaan Tuhan,
Tiada bezanya di samping Dia.


Wednesday, 17 February 2016

Bersama mereka hebat.

Assalamualaikum wbt, syukurlah kerana dilimpahi nikmat kesihatan yang baik, moga semuanya dalam keadaan yang sihat sejahtera.

Alhamdulillah, Tiram Indah Village pernah menjadi salah satu lokasi bg program yang dianjurkan bersama dengan Ustaz Don Daniyal, dan juga Pencetus Ummah iaitu PU Azihal, PU Rahmat, PU Izzat.



Monday, 15 February 2016

Slot Penerangan.

Assalamualaikum wbt. InshaaAllah dikongsikan bersama kem motivasi yang pernah diadakan di Tiram Indah Village. Slot ketika para peserta diberi penerangan. Walau dalam jumlah peserta yang ramai, mereka mendapat keselesaan yang baik di Tiram Indah Village. InshaaAllah.
Wah, khusyuk mereka mendengar penerangan dan arahan yang diberikan sambil menikmati keindahan alam ! Emotikon smile

Sunday, 14 February 2016

Chalet Emas

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah, pagi yang cerah ini kami Tiram Indah Village ingin berkongsi tentang Chalet Emas 1, 2, 3 dan 4 yang mempunyai keselesaan yang baik. Chalet ini bertujuan bagi kem motivasi untuk urusetia dan juga homestay. Kemudahan tempat ini juga bersebelahan dengan padang dan kawasan tasik yang sangat sesuai menjalankan pelbagai aktiviti outdoor : aktiviti lasak, aktiviti air serta kawasan berkuda.

Jika anda berminat dan ingin ketahui maklumat lanjut, mari terus hubungi Pn Halimah 013 7552842.











Bahagian luar Chalet Emas yang sambil merasai suasana kampung dan keindahan alam semula jadi.



















Bahagian dalam bagi setiap bilik Chalet Emas.



Wednesday, 10 February 2016

Hubungi Kami =)

Jom Hubungi Kami ;)

Assalamualaikum wbt. Hai, Apa khabar semua ? Moga dalam sihat sejahtera.

Bagi anda ingin menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan, sangat dialu-alukan. 


Hotline : 013-755 2842 (Pn. Halimah)

No. Pejabat : 07-861 6062


Laman Blog : 

tiramindahvillage001.blogspot.my

Sila add friends FB kami :

Imah Tiram (Page : Tiram Indah Village)

Jika awak memerlukan sebutharga perkhidmatan, penginapan,mahupun pakej makanan, sila terus hubungi kami dengan memaklumkan email kepada kami dengan talian hotline : 013-755 2842 (Pn. Halimah)




Alhamdulillah, sekarang kami ingin berkongsi tentang pejabat kami. Bagi sesiapa yang berkeinginan untuk datang sendiri dan berjumpa dengan kami, bolehlah terus datang ke pejabat kami. Pelbagai maklumat lanjut akan diberitahu nanti.  InshaaAllah, moga urusan anda berjalan dengan lancar atau boleh juga hubungi Pn. Halimah 013-7552842. Kedatangan anda amat kami hargai. ;)


Tuesday, 9 February 2016

Kedudukan daripada Bandar lain.

Tiram Indah Village adalah terletak pada kedudukan yang strategik. Kedudukannya terletak kira-kira 5.5 km daripada Bandar Ulu Tiram, 18 km daripada Bandar Johor Bahru dan 14 km daripada Bandar Kota Tinggi. Kem ini juga berhampiran dengan Stesen Bas Ulu Tiram kira-kira 5.5 km daripada Tiram Indah Village. Selain itu, juga berdekatan dengan Kem Pulada ira-kira 7 km, Kem Majidee pula kira-kira 15 km manakala Kem Pandan terletak kira-kira 10 km daripada tempat kami, Tiram Indah Village.

Tiram Indah Village mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan keluasannya 10 ekar ini dikelilingi dengan suasana alam semulajadi kampung yang terpelihara dengan baik. Udaranya juga baik dan sejuk kerana tumbuhan hijau yang terpelihara.
Pelbagai kemudahan yang disediakan bagi melaksanakan aktiviti indoor mahupun outdoor termasuk aktiviti lasak dan aktiviti dalam air. Ia amat menyeronokkan para peserta program dengan kepelbagaian aktiviti bagi mencapai objektif program tersebut.  Tambahan lagi, Tiram Indah Village juga dibuka untuk sesiapa yang mahu bercuti ala kampong,  membuat Hari Keluarga serta memerlukan penginapan yang berbalo dengan harga berpatutan dan murah.

Dengan khidmat kami, semoga anda berpuas hati. Ayuh jangan ditunggu lagi, boleh hubungi  Puan Halimah 013 7552842. Kami sentiasa menantikan kedatangan anda. 


Chalet V.I.P

Kami memuatkan beberapa gambar untuk Chalet V.I.P bagi mereka yang datang untuk membuat kem motivasi di Tiram Indah Village. Chalet mempunyai penghawa dingin yang baik dan di atas kolam. Boleh menikmati juga keindahan alam yang terpelihara, InshaaAllah. Bagi mereka yang mahu membuat kem motivasi disini, Chalet V.I.P boleh dikhususkan buat penceramah, pensyarah atau pengarah program untuk mendapatkan keselesaan yang baik bersama keluarga mereka.

Nantikan update gambar daripada kami untuk kemudahan yang lain.  =)


Kemudahan yang disediakan~~~

Alhamdulillah cuaca yang sejuk dan dingin pagi ini moga bertambah rezeki kita InshaaAllah.Tiram Indah Village merupakan Pusat Latihan / Kem yang menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan yang terdapat di sini :
  1. Dewan Ceramah : 6 unit
  2. Bilik LDK : 10 unit
  3. Dewan Makan : 3 unit
  4. Surau : 2 unit
  5. Dewan Utama
  6. Dewan Mesyuarat
  7. Ruangan Barbeque
  8. Penginapan Peserta : 22 unit 
  9. Chalet : 13 unit
  10. Penginapan Urusetia : 1 unit (40 orang)
  11. Tapak Kembara : 5 km
  12. Kawasan Latihan : 15 unit
  13. Tempat Letak Kereta : 2 unit

Gambar tersebut adalah antara penginapan urusetia  dan penginapan peserta. InshaaAllah harga yang berpatutan dan sudah semestinya suasana kampung amat dirasai. Anda berminat, boleh berhubung dengan Puan Halimah 013 - 7552842 =)

Monday, 8 February 2016

Aktiviti Air=)

Disini juga kami kongsikan antara aktiviti air yang telah dilaksanakan sepanjang program di Tiram Indah Village. Apabila gambar berbicara.

Salam Pengenalan =)

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya memberikan nikmat dan ujian sebaiknya untuk hambaNya.

Kami di Tiram Indah Village mengucapkan selamat sejahtera untuk sekaliannya. Tiram Indah Village adalah merupakan pusat latihan kursus yang sesuai untuk pelbagai jenis sasaran peserta dan menyediakna kemudahan yang sesuai dengan kehendak program. Pelbagai kemudahan aktiviti lasak juga disediakan seperti jungle tracking, survival village, spider web, rafting, water confident dan juga kemudahan LDK indoor game. Tiram Indah Village beralamat : Lot 506, Batu 17, Jalan Sungai Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor Darul Takzim.

Kami juga ingin berkongsi berkenaan tempat kami yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Antaranya :

1. Menyediakan Kem Latihan Kursus
2. Tapak Perkhemahan
3. Hari Keluarga
4. Upacara Keraian
5. Tempat Mesyuarat
6. Tempat penginapan yang banyak dan selesa.

Bagi yang mahu mengetahui pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di talian 013-755 2842