Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, Allah telah mengkabulkan salah satu doa daripada kita iaitu sampaikan kita ke bulan Ramadhan yang mulia ini. Bulan yang penuh rahmat. Mari kita manfaatkan sebaiknya agar tidak keciciran. Jom kita terus perjuangan tanpa henti agar dapat meniti kebaikan akhirat, InshaaAllah.
nav
Salam muafakat. Salam 1 Malaysia. Jutaan Terima Kasih kepada anda yang sudi singgah di laman blog kami. Semoga info atau maklumat yang disediakan dapat memberi manfaat kepada semua. Tiram Indah Village menyediakan tempat untuk kem latihan/motivasi mahupun kursus kepimpinan dengan penginapan yang selesa serta mempunyai keluasan 10 ekar. Terdapat juga kemudahan seperti dewan makan terbuka, dewan atas air, dewan seminar, surau dan juga kelengkapan yang berkaitan.
Monday, 6 June 2016
Thursday, 26 May 2016
Motivation...
Assalamualaikum wbt, hai....petang sudah mari maa....Selamat bercuti sekolah ye buat semua. Semoga cuti kali ini dimanfaatkan untuk kita bersama. yeay, tinggal beberapa hari sahaja lagi sudah menghampiri bulan ramadhan. Jom2 sempena cuti sekolah ini kita persiapkan diri, kemas rumah dll. hehehe
Hari ini kami ingin berkongsi dengan antara penginapan yang pihak kami sediakan untuk anda. ia amat bersesuaian untuk kem motivasi, kursus kepimpinan serta sebarang program atau aktiviti indoor dan outdoor. Mai-mai lah pakat tengok dan ada sedikit cebisan motivasi untuk kita bersama. renung-renungkan dan selamat beramal.

Wednesday, 25 May 2016
Indoor and Outdoor Games...
Syukur atas nikmat yang diberikan. hehe. Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua. hari ini kami nak berkongsi lagi tentang beberapa aktiviti yang pernah dijalankan di Tiram Indah Village.
Tahniah diucapkan kepada para peserta dan Jutaan Terima Kasih kepada team penganjur program yang bertungkus lumus menjalankan aktiviti disini. Alhamdulillah, justeru itu kami juga bertungkus lumus dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda dan tetamu semuanya.
Alhamdulillah bagi mereka yang pernah berkunjung di Tiram Indah Village pasti keseronokan dirasai bersama dengan suasana kampung yang indah permai ini. Tiram Indah Village adalah sangat bersesuaian bagi penganjur program yang ingin melaksanakan program camping atau kem motivasi, kursus kepimpinan baik kanak-kanak atau untuk dewasa. Tempat yang sangat luas iaitu 10 ekar. Selamat maju jaya. Jom jangan ditunggu-tungu. Terus dapat kan maklumat lanjut dan buat temapahannya sekarang. =) Call / Whatsapp 013-755 2842 (Pn Halimah)

Tuesday, 24 May 2016
Dewan Makan
Assalamualaikum wbt. Hai, di petang yang ceria, moga semua berada dalam sihat sejahtera. Adakah anda semua sudah makan ? Alhamdulillah syukurlah atas rezeki yang diberiNya. Haaa...kami juga ingin berkongsi kami juga menyedikan tempat dewan makan yang selesa dan sesuai untuk kem motivasi atau kursus kepimpinan dan sebarang program yang ingin dilakasanakan.
-Antara dewan makan yang terdapat disini :
* Dewan Makan Mutiara
* Dewan Makan Intan
* Dewan Makan Delima
* Dewan Makan Baiduri
-Pakej makanan yang nak di order juga disediakan. Harga berpatutan. Sila maklumkan email anda kepada kami. Kami akan menghantar sebut harga kepada anda. Call / Whatsapp terus ke 013-755 2842.
Moga dapat kita memanfaatkan sebaiknya....

Monday, 23 May 2016
Activity Outdoor
Alhamdulillah, hari ini ingin tambah lagi perkongsian tentang kawasan luar sekitar Tiram Indah Village. =) Jom ketahuinya dan merasainya suasana kampun disini. Mampu mencari ketenangan sambil melihat betapa besarnya ciptaan Tuhan buat hambaNya, Adakah kita masih lalai dan leka dengna kehidupan dunia ini ?
Antara kawasan luar yang ada seperti kawasan padang, kolam air, junggle trekking pon ada, flying fox, merentasi halangan, dataran, tressure hunt dan lain-lain. =)
Antara kawasan luar yang ada seperti kawasan padang, kolam air, junggle trekking pon ada, flying fox, merentasi halangan, dataran, tressure hunt dan lain-lain. =)
Dewan....
Antara kemudahan dewan yang disediakan untuk tempahan bagi mesyuarat, kem motivasi, kursus kepimpinan dan lain-lain lagi. Anda boleh membuat tempahan sekarang, Call / Whatsapp 013 - 755 2842 (Pn Halimah)
Wednesday, 20 April 2016
Kemudahan yang menarik untuk Kem...
Terdapat pelbagai jenis dewan yang bersesuaian digunakan untuk seminar, kursus, perbincangan aktiviti indoor dan juga mesyuarat bersama ahli organisasi. DI Tiram Indah Village terdapat pelbagai jenis dewan,
Antaranya :
Dewan Mutiara
Antaranya :
- Dewan Mutiara
- Dewan Nilam
- Dewan Delima
- Dewan Atas Air
- Bilik Mesyuarat
- Dewan Terbuka
- Dewan Baiduri
Dewan Mutiara
Dewan Mutiara ini mempunyai kemudahan yang baik dan selesa. Sesuai digunakan dalam pelbagai aktiviti seperti Indoor games, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), pembentangan,ceramah dan lain-lain. |
Tuesday, 8 March 2016
Subhanallah, pemandangan yang cantik ;)
Assalamualaikum wbt, alhamdulillah,
hari ini berlaku gerhana matahari, semuanya atas kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa.
Moga kita semua sentiasa mempersiapkan diri dengan amalan kebaikan dan menjauhi
perkara yang munkar. Maka berlumba-lumbalah mencari kebaikan. ;)
Kami ingin berkongsi yang mana
Tiram Indah Village mengekalkan suasana kampung dan keindahan alam yang dapat
dinikmati bersama.
Subhanallah, ciptaan Tuhan yang
tiada bandingannya, bersyukurlah dengan pemandangan yang baik. Mampu
menenangkan fikiran dan melapangkan hati. Beruntunglah bagi mereka yang masih
punyai mata hati apabila melihat ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa. Janganlah
kamu membuat kerosakan di atas muka bumi ini. ;)
#JOMSINGGAHBLOGtiramindahvillage001
#LikepagefbTiramIndahVillage
Terima kasih kerana sudi singgah
disini, kami akan sentiasa update cerita-cerita kami. ;)
#Jemputdatangkesini.
Sunday, 6 March 2016
Kursus Kepimpinan =)
Assalamualaikum wbt, apa khabar semua? moga sekaliannya dalam keadaan sihat sejahtera.
Buah jambu disangka kandis,
Kandis ada di dalam cawan,
Gula madu disangka manis,
Manis lagi senyuman tuan. =)
Moga dengan senyuman ini menghilangkan gusar di hati.
Tiram Indah Village telah datangi oleh adik2 SK Taman Pasir Putih, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Pasir Gudang. Mereka mengikuti Kem Kepimpinan Sekolah mereka. Wah, tahniah diucapkan kepada pemimpin muda sekolah dan telah terpilih ! Syabas ye. Terima kasih juga buat urusetia iaitu guru-guru yang terlibat bersama dalam Kem Kepimpinan di Tiram Indah Village. Terbaik.
Mereka datang dengan menaiki 2 buah bas dari Jabatan Latihan Khidmat Negara, wah bukan calang-calang basnya. Setibanya adik-adik SK Taman Pasir Putih di Tiram Indah Village, mereka kelihat sangat seronok dan teruja. Kami turut mengalu-alukan kedatangan tuan, puan dan warga yang hadir.
SELAMAT DATANG KE TIRAM INDAH VILLAGE.
Kami terus memberikan perkhidmatan penginapan untuk mereka yang selesa dengan Rumah Banglo Mutiara, Rumah Banglo Berlian, Rumah Hijau 1, Rumah Hijau 2 dan Rumah Intan 1. Seronok mereka apabila mendapat penginapan masing-masing. Setelah itu, mereka berkumpul di Dewan Makan untuk minum petang dan kemudian ke Surau bagi menunaikan Solat Asar berjemaah.
Setelah selesai Solat Asar berjemaah, mereka meneruskan Kem Kepimpinan dengan mengikuti aktiviti outdoor games seperti aktiviti memanaskan badan di dataran Tiram Indah Village, berjoging di kawasan trekking, aktiviti tressure hunt (merentasi halangan) dan aktiviti masuk kolam air dengan menyeberangnya. Wah, aktiviti yang padat dan menarik untuk membentuk jati diri yang utuh dan berkeyakinan tinggi. Tidak semudah bicara, alhamdulillah sambil mereka menikmati keindahan alam semula jadi di Tiram Indah Village masih mengekalkan suasana kampung. Syukurlah atas keindahan alam dari Yang Maha Pencipta kerana padaNya Kami bermohon dan meminta perlindungan. InshaaAllah, moga selamat dan berjaya dunia akhirat.
Disini kami kongsikan wajah-wajah mereka beserta aktiviti yang dijalankan di Tiram Indah Village. Ribuan terima kasih buat warga Kem Kepimpinan SK Taman Pasir Putih, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Pasir Gudang yang sudi datang dan menjalankan Kem/Kursus di sini. Tahniah diucapkan dari kami. Bagi anda yang berminat untuk membuat kem di Tiram Indah Village, mari LIKE FB TIRAM INDAH VILLAGE dan boleh terus hubungi Pn Halimah, 013-7552842.
Anda juga boleh war-warkan kepada rakan anda yang lain. Terima kasih.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi. ;)

Setibanya mereka disini. ;)
Seronok mereka ditambah lagi apabila ambil gambar. Wajah pemimpin muda SK Taman Pasir Putih, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Pasir Gudang.
Mereka berkumpul di dataran berhadapan dengan penginapan mereka dan minum petang di dewan makan yang disediakan siap hidangannya. Baca Bismisllah jangan dilupa dan doa makan bersama.
Setelah melakukan senaman memanaskan badan, mereka berjoging di kawasan trekking di bahagian belakang Tiram Indah Village. Tiram Indah Village nampak kecil dari hadapan tapi padat ke belakang dengan keluasan 10 ekar.
Ini adalah kawasan padang yang mempunyai juga kawasan aktiviti tressyre berbentuk merentasi halangan yang ada.
Pelbagai gelagat dan keletah mereka. boleh lihat lagi gambar-gambar di fb kami. TIRAM INDAH VILLAGE.
Diteruskan lagi dengan mereka masuk ke dalam kolam air dan menyeberanginya. Wah bila masuk kolam sahaja, perasaan seronok adik-adik ini tidak terkira gembiranya. =)
Thursday, 25 February 2016
Persembahan SKST
Assalamualaikum wbt, alhamdulillah di hari yang berbahagia ini, telah berlangsung persembahan kuda dan memanah bersempena Hari Sukan Kejohanan SK Sungai Tiram dengan amat meriah.
Berkuda dan memanah adalah antara sunnah nabi, ayuh sambil berselawat ke atasnya. Moga persembahan tadi pagi, dapat memberi inspirasi dan motivasi bagi semua yang menonton persembahan tersebut.
Ribuan terima kasih buat team kumpulan Ibnu Abdul Rani yang sudi membantu dan membuat persembahan tadi serta pihak SK Sungai Tiram. Bagi sesiapa berminat memanah, satu Program Asas Memanah Tradisional Kali ke 7/2016 akan diadakan di Tiram Indah Village pada 27 Februari 2016. Pendaftaran masih dibuka. Boleh terus layari fb Riyadh Equestrian untuk maklumat lanjut.
Tumbuh elok tepian kolam,
Persada bunganya meranting dahlia,
Sungguh makhluk ciptaan Tuhan,
Tiada bezanya di samping Dia.
Persada bunganya meranting dahlia,
Sungguh makhluk ciptaan Tuhan,
Tiada bezanya di samping Dia.
Wednesday, 17 February 2016
Bersama mereka hebat.
Assalamualaikum wbt, syukurlah kerana dilimpahi nikmat kesihatan yang baik, moga semuanya dalam keadaan yang sihat sejahtera.
Alhamdulillah, Tiram Indah Village pernah menjadi salah satu lokasi bg program yang dianjurkan bersama dengan Ustaz Don Daniyal, dan juga Pencetus Ummah iaitu PU Azihal, PU Rahmat, PU Izzat.
Alhamdulillah, Tiram Indah Village pernah menjadi salah satu lokasi bg program yang dianjurkan bersama dengan Ustaz Don Daniyal, dan juga Pencetus Ummah iaitu PU Azihal, PU Rahmat, PU Izzat.
Monday, 15 February 2016
Slot Penerangan.
Assalamualaikum wbt. InshaaAllah dikongsikan bersama kem motivasi yang pernah diadakan di Tiram Indah Village. Slot ketika para peserta diberi penerangan. Walau dalam jumlah peserta yang ramai, mereka mendapat keselesaan yang baik di Tiram Indah Village. InshaaAllah.
Wah, khusyuk mereka mendengar penerangan dan arahan yang diberikan sambil menikmati keindahan alam ! Emotikon smile
Sunday, 14 February 2016
Chalet Emas
Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah, pagi yang cerah ini kami Tiram Indah Village ingin berkongsi tentang Chalet Emas 1, 2, 3 dan 4 yang mempunyai keselesaan yang baik. Chalet ini bertujuan bagi kem motivasi untuk urusetia dan juga homestay. Kemudahan tempat ini juga bersebelahan dengan padang dan kawasan tasik yang sangat sesuai menjalankan pelbagai aktiviti outdoor : aktiviti lasak, aktiviti air serta kawasan berkuda.
Jika anda berminat dan ingin ketahui maklumat lanjut, mari terus hubungi Pn Halimah 013 7552842.
Bahagian luar Chalet Emas yang sambil merasai suasana kampung dan keindahan alam semula jadi.
Bahagian dalam bagi setiap bilik Chalet Emas.

Wednesday, 10 February 2016
Hubungi Kami =)
Jom Hubungi Kami ;)
Assalamualaikum wbt. Hai, Apa khabar semua ? Moga dalam sihat sejahtera.Bagi anda ingin menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan, sangat dialu-alukan.
Hotline : 013-755 2842 (Pn. Halimah)
No. Pejabat : 07-861 6062
Laman Blog :
tiramindahvillage001.blogspot.my
Sila add friends FB kami :
Imah Tiram (Page : Tiram Indah Village)
Jika awak memerlukan sebutharga perkhidmatan, penginapan,mahupun pakej makanan, sila terus hubungi kami dengan memaklumkan email kepada kami dengan talian hotline : 013-755 2842 (Pn. Halimah).
Alhamdulillah, sekarang kami ingin berkongsi tentang pejabat kami. Bagi sesiapa yang berkeinginan untuk datang sendiri dan berjumpa dengan kami, bolehlah terus datang ke pejabat kami. Pelbagai maklumat lanjut akan diberitahu nanti. InshaaAllah, moga urusan anda berjalan dengan lancar atau boleh juga hubungi Pn. Halimah 013-7552842. Kedatangan anda amat kami hargai. ;)
Tuesday, 9 February 2016
Kedudukan daripada Bandar lain.
Tiram Indah
Village adalah terletak pada kedudukan yang strategik. Kedudukannya terletak
kira-kira 5.5 km daripada Bandar Ulu Tiram, 18 km daripada Bandar Johor Bahru
dan 14 km daripada Bandar Kota Tinggi. Kem ini juga berhampiran dengan Stesen
Bas Ulu Tiram kira-kira 5.5 km daripada Tiram Indah Village. Selain itu, juga
berdekatan dengan Kem Pulada ira-kira 7 km, Kem Majidee pula kira-kira 15 km
manakala Kem Pandan terletak kira-kira 10 km daripada tempat kami, Tiram Indah
Village.
Tiram Indah
Village mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan keluasannya 10 ekar ini
dikelilingi dengan suasana alam semulajadi kampung yang terpelihara dengan
baik. Udaranya juga baik dan sejuk kerana tumbuhan hijau yang terpelihara.
Pelbagai
kemudahan yang disediakan bagi melaksanakan aktiviti indoor mahupun outdoor
termasuk aktiviti lasak dan aktiviti dalam air. Ia amat menyeronokkan para
peserta program dengan kepelbagaian aktiviti bagi mencapai objektif program
tersebut. Tambahan lagi, Tiram Indah
Village juga dibuka untuk sesiapa yang mahu bercuti ala kampong, membuat Hari Keluarga serta memerlukan
penginapan yang berbalo dengan harga berpatutan dan murah.
Dengan
khidmat kami, semoga anda berpuas hati. Ayuh jangan ditunggu lagi, boleh
hubungi Puan Halimah 013 7552842. Kami sentiasa menantikan kedatangan anda.
Chalet V.I.P
Kami memuatkan beberapa gambar untuk Chalet V.I.P bagi mereka yang datang untuk membuat kem motivasi di Tiram Indah Village. Chalet mempunyai penghawa dingin yang baik dan di atas kolam. Boleh menikmati juga keindahan alam yang terpelihara, InshaaAllah. Bagi mereka yang mahu membuat kem motivasi disini, Chalet V.I.P boleh dikhususkan buat penceramah, pensyarah atau pengarah program untuk mendapatkan keselesaan yang baik bersama keluarga mereka.
Nantikan update gambar daripada kami untuk kemudahan yang lain. =)
Nantikan update gambar daripada kami untuk kemudahan yang lain. =)
Kemudahan yang disediakan~~~
Alhamdulillah cuaca yang sejuk dan dingin pagi ini moga bertambah rezeki kita InshaaAllah.Tiram Indah Village merupakan Pusat Latihan / Kem yang menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan yang terdapat di sini :
- Dewan Ceramah : 6 unit
- Bilik LDK : 10 unit
- Dewan Makan : 3 unit
- Surau : 2 unit
- Dewan Utama
- Dewan Mesyuarat
- Ruangan Barbeque
- Penginapan Peserta : 22 unit
- Chalet : 13 unit
- Penginapan Urusetia : 1 unit (40 orang)
- Tapak Kembara : 5 km
- Kawasan Latihan : 15 unit
- Tempat Letak Kereta : 2 unit
Gambar tersebut adalah antara penginapan urusetia dan penginapan peserta. InshaaAllah harga yang berpatutan dan sudah semestinya suasana kampung amat dirasai. Anda berminat, boleh berhubung dengan Puan Halimah 013 - 7552842 =)
Monday, 8 February 2016
Aktiviti Air=)
Disini juga kami kongsikan antara aktiviti air yang telah dilaksanakan sepanjang program di Tiram Indah Village. Apabila gambar berbicara.
Salam Pengenalan =)
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya memberikan nikmat dan ujian sebaiknya untuk hambaNya.
Kami di Tiram Indah Village mengucapkan selamat sejahtera untuk sekaliannya. Tiram Indah Village adalah merupakan pusat latihan kursus yang sesuai untuk pelbagai jenis sasaran peserta dan menyediakna kemudahan yang sesuai dengan kehendak program. Pelbagai kemudahan aktiviti lasak juga disediakan seperti jungle tracking, survival village, spider web, rafting, water confident dan juga kemudahan LDK indoor game. Tiram Indah Village beralamat : Lot 506, Batu 17, Jalan Sungai Tiram, 81800 Ulu Tiram, Johor Darul Takzim.
Kami juga ingin berkongsi berkenaan tempat kami yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Antaranya :
1. Menyediakan Kem Latihan Kursus
2. Tapak Perkhemahan
3. Hari Keluarga
4. Upacara Keraian
5. Tempat Mesyuarat
6. Tempat penginapan yang banyak dan selesa.
Bagi yang mahu mengetahui pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di talian 013-755 2842

Subscribe to:
Posts (Atom)