nav

Salam muafakat. Salam 1 Malaysia. Jutaan Terima Kasih kepada anda yang sudi singgah di laman blog kami. Semoga info atau maklumat yang disediakan dapat memberi manfaat kepada semua. Tiram Indah Village menyediakan tempat untuk kem latihan/motivasi mahupun kursus kepimpinan dengan penginapan yang selesa serta mempunyai keluasan 10 ekar. Terdapat juga kemudahan seperti dewan makan terbuka, dewan atas air, dewan seminar, surau dan juga kelengkapan yang berkaitan.

Tuesday, 8 March 2016

Subhanallah, pemandangan yang cantik ;)

Assalamualaikum wbt, alhamdulillah, hari ini berlaku gerhana matahari, semuanya atas kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa. Moga kita semua sentiasa mempersiapkan diri dengan amalan kebaikan dan menjauhi perkara yang munkar. Maka berlumba-lumbalah mencari kebaikan. ;)
Kami ingin berkongsi yang mana Tiram Indah Village mengekalkan suasana kampung dan keindahan alam yang dapat dinikmati bersama. 

Subhanallah, ciptaan Tuhan yang tiada bandingannya, bersyukurlah dengan pemandangan yang baik. Mampu menenangkan fikiran dan melapangkan hati. Beruntunglah bagi mereka yang masih punyai mata hati apabila melihat ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa. Janganlah kamu membuat kerosakan di atas muka bumi ini. ;) 

#JOMSINGGAHBLOGtiramindahvillage001
#LikepagefbTiramIndahVillage

Terima kasih kerana sudi singgah disini, kami akan sentiasa update cerita-cerita kami. ;) 
#Jemputdatangkesini.





Sunday, 6 March 2016

Kursus Kepimpinan =)

Assalamualaikum wbt, apa khabar semua? moga sekaliannya dalam keadaan sihat sejahtera.

Buah jambu disangka kandis,
Kandis ada di dalam cawan,
Gula madu disangka manis,
Manis lagi senyuman tuan. =)

Moga dengan senyuman ini menghilangkan gusar di hati.

Tiram Indah Village telah datangi oleh adik2 SK Taman Pasir Putih, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Pasir Gudang. Mereka mengikuti Kem Kepimpinan Sekolah mereka. Wah, tahniah diucapkan kepada pemimpin muda sekolah dan telah terpilih ! Syabas ye. Terima kasih juga buat urusetia iaitu guru-guru yang terlibat bersama dalam Kem Kepimpinan di Tiram Indah Village. Terbaik.

Mereka datang dengan menaiki 2 buah bas dari Jabatan Latihan Khidmat Negara, wah bukan calang-calang basnya. Setibanya adik-adik SK Taman Pasir Putih di Tiram Indah Village, mereka kelihat sangat seronok dan teruja. Kami turut mengalu-alukan kedatangan tuan, puan dan warga yang hadir. 
SELAMAT DATANG KE TIRAM INDAH VILLAGE. 

Kami terus memberikan perkhidmatan penginapan untuk mereka yang selesa dengan Rumah Banglo Mutiara, Rumah Banglo Berlian, Rumah Hijau 1, Rumah Hijau 2 dan Rumah Intan 1. Seronok mereka apabila mendapat penginapan masing-masing. Setelah itu, mereka berkumpul di Dewan Makan untuk minum petang dan kemudian ke Surau bagi menunaikan Solat Asar berjemaah.

Setelah selesai Solat Asar berjemaah, mereka meneruskan Kem Kepimpinan dengan mengikuti aktiviti outdoor games seperti aktiviti memanaskan badan di dataran Tiram Indah Village, berjoging di kawasan trekking, aktiviti tressure hunt (merentasi halangan) dan aktiviti masuk kolam air dengan menyeberangnya. Wah, aktiviti yang padat dan menarik untuk membentuk jati diri yang utuh dan berkeyakinan tinggi. Tidak semudah bicara, alhamdulillah sambil mereka menikmati keindahan alam semula jadi di Tiram Indah Village masih mengekalkan suasana kampung. Syukurlah atas keindahan alam dari Yang Maha Pencipta kerana padaNya Kami bermohon dan meminta perlindungan. InshaaAllah, moga selamat dan berjaya  dunia akhirat.

Disini kami kongsikan wajah-wajah mereka beserta aktiviti yang dijalankan di Tiram Indah Village. Ribuan terima kasih buat warga Kem Kepimpinan SK Taman Pasir Putih, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Pasir Gudang yang sudi datang dan menjalankan Kem/Kursus di sini. Tahniah diucapkan dari kami. Bagi anda yang berminat untuk membuat kem di Tiram Indah Village, mari LIKE FB TIRAM INDAH VILLAGE dan boleh terus hubungi Pn Halimah, 013-7552842. 
Anda juga boleh war-warkan kepada rakan anda yang lain. Terima kasih.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi. ;)

Setibanya mereka disini. ;)


  
Seronok mereka ditambah lagi apabila ambil gambar. Wajah pemimpin muda SK Taman Pasir Putih, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Pasir Gudang. 

Mereka berkumpul di dataran berhadapan dengan penginapan mereka dan minum petang di dewan makan yang disediakan siap hidangannya. Baca Bismisllah jangan dilupa dan doa makan bersama. 

Setelah melakukan senaman memanaskan badan, mereka berjoging di kawasan trekking di bahagian belakang Tiram Indah Village. Tiram Indah Village nampak kecil dari hadapan tapi padat ke belakang dengan keluasan 10 ekar.

Ini adalah kawasan padang yang mempunyai juga kawasan aktiviti tressyre berbentuk merentasi halangan yang ada. 

Pelbagai gelagat dan keletah mereka. boleh lihat lagi gambar-gambar di fb kami. TIRAM INDAH VILLAGE. 

Diteruskan lagi dengan mereka masuk ke dalam kolam air dan menyeberanginya. Wah bila masuk kolam sahaja, perasaan seronok adik-adik ini tidak terkira gembiranya. =)